Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang LPP OGOS 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang LPP . Bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya denga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kini Lembaga Pertubuhan Peladang sedang membuka iklan jawatan kosong.


Jawatan Kosong Yang ditawarkan adalah Seperti Berikut:-

JAWATAN : PEMBANTU EHWAL EKONOMI
GRED JAWATAN : E19
TARAF JAWATAN : KONTRAK (AZAMTANI)
KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
PENEMPATAN : LPP NEGERI KELANTAN
JADUAL GAJI : RM1,353.00

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
(d) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:
(f) Tempoh perkhidmatan enam (6) bulan kontrak.

TARIKH TUTUP IKLAN : 16 OGOS 2017 (Rabu)

PANGGILAN TEMUDUGA :
1. Surat panggilan temuduga akan dihantar kepada calon yang berjaya.
2. Calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh TIGA (3) BULAN, dianggap TIDAK BERJAYA.

Calon yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan jawatan dengan lengkap yang boleh didapati di laman sesawang LPP dan turut menyertakan bersama-sama salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil-sijil berkaitan dengan jawatan (yang diktiraf MQA), resume dan sekeping gambar berukuran passport pada atau sebelum 16 Ogos 2017 (Rabu) ke alamat berikut:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
NO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p : ENCIK SHAMSHUL BIN SAMIAN)



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang LPP OGOS 2017"

Post a Comment