Skim perumahan mampu milik Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Skim perumahan mampu milik Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Menurut Sinar Harian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan 'hadiah istimewa' buat rakyat negeri Johor. Ia sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada Khamis ini. Sultan Ibrahim bertitah, hadiah dimaksudkan merupakan satu skim perumahan mampu milik untuk 'Bangsa Johor' di Bandar Dato' Onn.

Rakyat dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) ini untuk majlis pelancaran projek. Sultan Ibrahim bertitah, projek hakmilik bebas unik itu akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat.

Ia menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Syarat pendaftaran rumah mampu milik ini

PELANCARAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

tempat : galeria kota raya
Tarikh : 22 mac 2017
Masa kehadiran tetamu : 2.30pm
Majlis bermula : 3.30pm

1. Bandar baru majidee 
320 unit apartment - rm150k

2. Bandar Dato Onn 
520 unit apartment dan landed
Rm80k hingga 150k.


Syarat Pendaftaran

Di antara syarat-syarat layak memiliki rumah Bangsa Johor ini adalah seperti berikut. Syarat akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Rakyat kelahiran Negeri Johor yang berumur 18 tahun dan keatas
  • Taraf bujang atau telah berkahwin
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  • Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-

Jenis A
Harga rumah dari RM130,001 hingga RM150,000 : Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan

Jenis B
Harga rumah dari 100,001 hingga RM130,000. Pendapatan tidak lebih dari RM6,000 sebulan

Jenis C
Rumah berharga RM70,000 hingga RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan

Kepada Bangsa Johor yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Rumah sendiri Idaman anda.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Skim perumahan mampu milik Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim"

Post a Comment