Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir)

Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir).



LATAR BELAKANG

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.

Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996. Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan. Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Antara tugas utama nazir ialah:

Pemeriksaan Institusi Pendidikan
Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai :
- Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa institusi pendidikan
- Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan
Nasihat dan Bimbingan
Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.
Penyediaan Laporan
Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang institusi pendidikan yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir sekolah beliau hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan.

KLIK DI SINI UNTUK KE SISTEM MAKLUMAT PENAZIRAN (e-Nazir) ONLINE

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir)"

Post a Comment