e-Pangkat Semakan Online

e-Pangkat Semakan Online. Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Online (e-Pangkat) – KPM. Anda boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara online dari masa ke semasa menerusi link yang disediakan dibawah. Ianya dijangka boleh mula dibuat selepas tarikh pengesahan oleh Ketua Jabatan.



 PERHATIAN:
1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
5. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.

PENGUMUMAN TAMBAHAN:
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

Untuk Semakan Klik Pautan Di Bawah:-



Tahniah pada yang berjaya. Semoga ianya menambahkan semangat anda untuk terus memperjuangkan kerjaya anda sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "e-Pangkat Semakan Online"

Post a Comment