Permohonan Dalam Talian (e-Borang) Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015

Sukacita dimaklumkan yang Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Ambilan Sesi September 2015 akan bermula pada 6 Julai 2015 hingga 26 Julai 2015 secara online di Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik.


  • Permohonan Program Sarjana Muda ini terbuka kepada lulusan Diploma/Diploma Lanjutan Politenik KPM sahaja.
  • Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada pelayan pangkalan.
  • Sila gunakan nombor Unik ID yang sama untuk mengemaskini permohonan yang telah dihantar.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda gagal diproses.


Maklumat penting:

  1. Senarai program dan syarat kemasukan boleh dilihat di sini.
  2. Permohonan boleh dibuat dengan membeli No. Unik ID Kategori B berharga RM 15.60 di semua cawangan BSN mulai 06 Julai 2015. No. Unik ID bermula dengan nombor 13xxxx.
  3. Borang permohonan dibuka secara atas talian di www.politeknik.edu.my mulai 06 Julai 2015 jam 12.00 tengah hari.
  4. Pemohon program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran perlu mencetak dan menghantar Slip Permohonan Kemasukan beserta dokumen-dokumen yang berkaitan ke Politeknik Ungku Omar sebelum 30 Julai 2015. Status penerimaan dokumen boleh disemak di sini.
  5. Applikasi Permohonan Online Klik laman web www.politeknik.edu.my.

Permohonan Politeknik Sarjana Muda Ambilan September 2015 Online 



Tarikh Penting Permohonan Politeknik Ambilan September 2015
  • Tempoh Permohonan - 6 Julai hingga 26 Julai 2015
  • Semakan Panggilan temuduga - 29 Julai 2015
  • Sesi temuduga - 3 Ogos hingga 4 Ogos 2015
  • Semakan keputusan - 7 Ogos 2015 di http://www.politeknik.edu.my/
  • Tarikh Pendaftaran - 1 September 2015



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Permohonan Dalam Talian (e-Borang) Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015"

Post a Comment