Kesan Gempa bumi di Ranau Sabah 5 Jun 2015

Hari ini kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Menurut Berita Harian bertarikh 5 Jun 2015, Ranau, Sabah dilanda gempa bumi berukuran 6.0 ritcher. Ianya berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. 

Terdapat kesan - kesan kerosakan dan gambar kerosakan selepas keadaan gempa bumi tersebut. Terdapat beberapa premis perniagaan termasuk  bank dan pejabat kerajaan mengalami kerosakan. Jalan - jalan raya juga tidak terkecuali mengalami kerosakan. 

Gegaran juga turut dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Gambar Kesan Gempa Bumi di Sabah 5 Jun 2015 (sumber Facebook) 






Kolam Air Panas Bertukar Hitam



Rakaman Gempa Bumi di Sabah dari Laban Rata, Gunung Kinabalu
Rakaman gempa bumi dari Laban Rata, Gunung Kinabalu
Video yang berjaya dirakam di Laban Rata, Gunung Kinabalu saat berlaku gempa bumi. Pekerja bertempiaran lari keluar dari bangunan Resthouse apabila melihat pergerakan batu-batu jatuh dari puncak gunung. Bunyi pergerakan yang menakutkan.
Posted by Sabah Info on Thursday, 4 June 2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kesan Gempa bumi di Ranau Sabah 5 Jun 2015"

Post a Comment