Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3

Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3. Drama Padamu Aku Bersujud akan bersiaran di Slot Azalea TV3 bermula pada tarikh 26 Mei 2015  setiap hari Isnin hingga Khamis, pada masa jam 4.00 petang di TV3. Bagi penonton yang tidak berpeluang menyaksikan drama bersiri ini boleh mengikuti dan menontonnya menerusi laman web Tonton di www.tonton.com.my. Drama Padamu Aku Bersujud akan ditayangkan secara bersiri selama 24 episod membariskan pelakon handalan seperti Syazwan Zulkifly, Leez Rosli, Bil Azali dan Shenty Feliziana. 

Informasi Padamu Aku Bersujud
Penerbit : A - Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Arahan - Raja Ahmad Alauddin
Episod - 24
Slot - Azalea TV3 (Isnin hingga Khamis bermula 400 petang)
Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3

drama padamu aku bersujud


Watak Pelakon

  • Syazwan Zulkifly (Amin)
  • Leez Rosli (Sakinah)
  • Bil Azali (Khairi)
  • Shenty Feliziana (Rihanna)
  • Shiqin Kamal (Ika)
  • Reza Hasbi (Iqram)
  • Mubarak Majid (Pak Leman)
  • Ku Fridah Ku Shafie (Mak Siah)
  • Zaidi Omar (Datuk Jamil)
  • Aleeza Shahdan (Datin Zulaika)
  • Fikhree Bakar (Taufiq)


Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3
Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. 

Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. 

Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. 

Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya. Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr Ooi. 

Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidamnya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3"

Post a Comment