Semakan SAPS 2015 Online

Semakan SAPS 2015. SAPS adalah sistem analisis peperiksaan sekolah. Di mana sistem ini membolehkan ibu bapa ataupun penjaga untuk membuat semakan mengenai peperiksaan di sekolah. Untuk membuat semakan SAPS ini ianya terbahagi kepada SPM, PMR/PT3, percubaan  UPSR, peperiksaan akhir tahun dan pemeriksaan pertengahan tahun. 

Apabila semakan SAPS ini dibuat, ianya akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan bagi setiap matapelajaran. Ini akan memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi kecemerlangan anak - anak di peringkat sekolah. 

Semakan ini terdiri daripada darjah satu hingga ke darjah enam bagi sekolah rendah, manakala bagi sekolah menengah pula semakan boleh dibuat untuk tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima. Bagi memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini, setelah markah di isi perlulah membuat semakan untuk memastikan semakan saps pelajar telah berjaya dikemaskini. 



Semakan secara Online boleh dilakukan menerusi laman web rasmi ini dimana semakan saps ibubapa boleh dilakukan. Tatacara untuk melakukan semakan adalah seperti berikut:-

1. Pergi kelaman sesawang (KLIK DISINI
2. Masukan nombor kad pengenalan ataupun sijil kelahiran tanpa sebarang jarak. 
3. Buat pilihan samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah,
4. Pilih tahun peperiksaan.
5. Tekan butang semak laporan
6. Pilih jenis peperiksaan.
7. Klik papar keputusan atau papar markah persekolahan. 

Dengan adanya saps semakan analisis ini, guru - guru juga boleh mengisi markah secara online. semakan saps blogspot diharap dapat memudahkan untuk memantau prestasi para pelajar oleh ibubapa. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan SAPS 2015 Online"

Post a Comment