Semakan Permohonan Politeknik 2015 Online

Berikut adalah mengenai Semakan. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA 2015, boleh membuat semakan permohonan secara online ataupun sms untuk ambilan kemasukan tahun 2015 bagi calon lepasan SPM / Setaraf dan SKM ianya telah dibuka.

SEMAKAN SECARA ONLINE  

  • Tarikh semakan adalah pada 15 Mei 2015 (Jumaat) selepas jam 12:00 tengahari. Klik UPU untuk membuat semakan permohonan
  • Pada  18 Mei 2015 (Isnin)  adalah tarikh Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/



SEMAKAN SECARA SMS
Taipkan UPU<jarak>TEVT<jarak>NoKP & SMS ke 15888

Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan info dan maklumat sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU

Semoga Berjaya Kami ucapkan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Permohonan Politeknik 2015 Online"

Post a Comment