Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 10 Jun 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)



 Jawatan:-
1. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27
4. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS27
5. PEMBANTU SYARIAH GRED LS17
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17
7. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Deskripsi Tugas Jawatan 1:
Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.

Deskripsi Tugas Jawatan 2:
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Syariah.

terengganu
Deskripsi Tugas Jawatan 3:
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urusetia kepada jawatankuasa kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

Deskripsi Tugas Jawatan 4:
Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

Deskripsi Tugas Jawatan 5:
Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah, menguruskan saman dan sapina, membantu menyediakan dokumen berhubung kes mal dan jenayah, urusan pentadbiran, menyelenggara jadual perbicaraan hakim dan menghubungi pihak terlibat termasuk Peguam Syarie dan saksi-saksi.

Deskripsi Tugas Jawatan 6:
Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

Deskripsi Tugas Jawatan 7:
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Tarikh tutup permohonan : 10 Jun 2015

Kerja Kosong Terkini di  Terengganu

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 10 Jun 2015"

Post a Comment