Intipati Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Tahun 2016 - 2020

Intipati Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Tahun 2016 - 2020.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi Khamis tadi, 21 Mei 2015. RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Menurut Berita Harian bertarikh 21-Mei-2015 Kerajaan memperuntukkan siling perbelanjaan pembangunan RM260 bilion bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dari 2016 hingga 2020, lima tahun terakhir sebelum Malaysia memasuki era negara maju. Ju,lah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan RMK10 iaitu sebanyak RM230 bilion. 

Berikut adalah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:

isi kandungan rmk 11


* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen   untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah  negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi  global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat  serantau dan global;

KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri  daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar  sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;


Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada   RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih  daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak  2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -
  • Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang  saksama
  • Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua
  • Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju
  • Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran
- Bernama


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Intipati Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Tahun 2016 - 2020"

Post a Comment