Harga Minyak Petrol Terkini Jun 2015

Menurut Facebook rasmi KPDNKK berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2015 adalah seperti berikut: RON95 : RM 2.05/liter, RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%) dan DIESEL : RM 2.05/liter

Manakala menurut Berita Harian bertarikh 31 Mei 2015 Harga runcit bagi petrol dan diesel naik sebanyak 10 sen / liter.  Dimana harga bagi petrol dan diesel pada bulan Mei, April dan Mac adalah tidak berubah bagi tiga bulan berturut - turut iaitu Petrol RON95 (RM/liter) 1.95, Harga Petrol RON97 (RM/liter) 2.25* termasuk 6%GST dan Harga Diesel (RM/liter) 1.95. 


Sementara itu menurut Bernama bertarikh 31 Mei 2015 menyatakan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter). "Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harga Minyak Petrol Terkini Jun 2015"

Post a Comment