Baca Novel Hati Perempuan Secara Online

Baca Novel Hati Perempuan Secara Online. Bagi peminat drama  bersiri di slot Akasia TV3 Hati Perempuan yang telah diadaptasi dari Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Drama terbitan Creative Skills Sdn Bhd dan arahan Kas Roshan ini telah ditayangkan di kaca TV anda bermula 30 Mac 2015  selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Hati Perempuan menampilkan gandingan pelakon baru iaitu Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam dan Nadzmi Adhwa. Drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 bermula jam pukul 6.55 petang.

SINOPSIS HATI PEREMPUAN 
Novel Hati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang telah dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf kehidupan. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 

Anda boleh membaca novel Hati Perempuan ini secara online dengan mengklik link di bawah ini 

Hati Perempuan 13

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Baca Novel Hati Perempuan Secara Online"

Post a Comment