Apa yang Turki buat selepas menghantar kapal, adalah menderma $1 juta untuk pelarian Rohingya

Turki telah berjanji untuk menderma $1 juta kepada usaha-usaha oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) untuk menyediakan bantuan kemanusiaan bagi Rohingya dan pelarian Bengalese yang terkandas di laut, Agensi Anadolu melaporkan, memetik dari sumber  presiden .

Presiden Recep Tayyip Erdoğan dmenghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 20 Mei untuk bercakap mengenai pelarian terkandas di Laut Andaman dan mengesahkan bahawa Turki sudah bersedia untuk bertanggungjawab mengenai isu itu.

Agensi itu berkata Erdoğan memberitahu Razak bahawa Turki menghargai usaha Malaysia, Indonesia dan Thailand untuk pelarian tersebut. 

Tentera Laut Turki telah menjalankan usaha-usaha untuk sampai ke umat Islam Rohingya terkandas di bot di luar pantai Thailand dan Malaysia, Perdana Menteri  Ahmet Davutoglu berkata pada 19 Mei. Selain itu juga beliau menyatakan bahawa Turki telah melakukan yang terbaik untuk mencapai Rohingya Muslim di laut dengan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), dengan bantuan kapal dari Angkatan Tentera Turki telah belayar di rantau ini.

rohingya


SUMBER

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa yang Turki buat selepas menghantar kapal, adalah menderma $1 juta untuk pelarian Rohingya"

Post a Comment