Semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc Kpm Tahun 2015

Semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc Kpm Tahun 2015. Satu hebahan mengenai semakan panggilan ujian saringan biasiswa Mybrainsc telah dikeluarkan di laman portal rasmi KPM

kpm 2015


Menurut KPM program biasiswa Mybrainsc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini adalah merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencapai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Bidang pengajian untuk program ini terdiri daripada Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik. KAEDAH PEMILIHAN adalah ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik; dan Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.


Perkara : HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SARINGAN BIASISWA MYBRAINSC KPM TAHUN 2015


Tarikh Tamat Hebahan : 15 April 2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc Kpm Tahun 2015"

Post a Comment