BR1M 2015 Rayuan Dilanjutkan

Rayuan Permohonan BR1M 2015 Dilanjutkan Ke 15 April. Berita baik bagi mereka yang memohon BR1M 2015. Menurut kenyataan Kerajaan  Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 (BR1M) kepada 15 April 2015 ini.


rayuan br1m


Sementara itu, kerajaan juga bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 yang akan dibuat mulai 28 Mei ini.

Lanjutan tempoh yang diberi sehingga 15 April 2015 ini adalah untuk memberi peluang kepada pemohon yang gagal supaya mengemukakan rayuan. Permohonan rayuan BR1M 2015 boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

Rayuan BR1M 2015 Sebelum ini, diberi  tempoh rayuan BR1M 2015 pada 31 Mac. Menurut statisik , secara keseluruhan seramai 7.28 juta penerima sudah mendapat BR1M tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 4.17 juta adalah penerima bagi kategori isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 dan seramai 410,000 lagi penerima bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000. Bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta penerima.

Borang Rayuan BR1M 2015
Sila layari Borang Rayuan BRIM 4.0

Tarikh Tutup Rayuan BR1M 2015
15 April 2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BR1M 2015 Rayuan Dilanjutkan"

Post a Comment