Helikopter terhempas di Semenyih

Helikopter terhempas di Semenyih. Menurut Akhbar Berita Harian bertarikh 4 April 2015 terdapat dakwaan mengatakan saksi sebuah helikopter meletup di udara. Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Manakala menurut Malaysia Digest bertarikh 4 April 2015 menyatakan sumber dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), sebuah helikopter awam jenis AS365 terhempas semasa dalam perjalanan dari Senai ke Subang.

Menurut laporan terkini Bomba telah menjumpai 3 mayat yang sudah terbakar. Pemandu pesawat melaporkan bahawa terdapat 6 orang penumpang. Mereka masih lagi mencari lagi 3 penumpang tersebut.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi laman sosial Twitternya mengesahkan kemalangan itu berdekatan Kajang membabitkan 6 penumpang.


Menurut Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2015 pula menyatakan Mayat penumpang keenam helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan pada pukul 8.15 malam ini. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul mengesahkan penemuan tersebut. Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Gambar sekitar kawasan helikopter terhempas


 
Sementara itu dalam laporan terkini berita harian menyatakan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis adalah antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi. Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Helikopter terhempas di Semenyih"

Post a Comment