Harga kereta sebelum dan sesudah gst

Harga Kereta Turun Selepas GST. Bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan sendiri pasti terkesan dengan perlaksanaan GST yang bermula 1 April 2015 ini. Kemungkinan ramai yang menangguhkan niat mereka untuk membeli kereta kerana ketidakpastian berkenaan dengan harga kereta samada harga kereta akan naik ataupun turun selepas perlaksanaan GST ini.

Sebelum ini pembeli kereta di seluruh negara telah membuat spekulasi bagaimana pelaksa­naan GST akan menjejaskan harga jualan kereta. Bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta ini pasti ingin mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) telah diperkenalkan dan dilaksanakan.


Berita gembira bagi mereka yang ingin memiliki kereta, menurut BH Online bertarikh 1 April 2015 menyatakan tiga pengeluar kenderaan mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Manakala Sinar Harian bertarikh 1 april 2015 menyatakan PROTON Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).‎

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46

Manakala menurut Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2015 Honda Malaysia mengumumkan pengurangan harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) keluarannya manakala UMW Toyota pula mengisytiharkan penurunan sehingga RM4,000 mengikut model. 

Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harga kereta sebelum dan sesudah gst"

Post a Comment