SPS - Sistem Pengurusan Sekolah

SPS Sistem Pengurusan Sekolah

1.  Bilakah idea pembangunan SPS bermula?
Pada 10 Jun 2008, dalam Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Aplikasi Sistem Maklumat Pelajar dan Pembekalan Sistem Pengurusan Sekolah, Tan Sri KSU telah mengarahkan supaya Sistem Pengurusan Sekolah dibangunkan untuk 88 Sekolah Bestari dan juga boleh dipeluaskan kepada sekolah-sekolah lain.

2.  Apakah objektif SPS?
Objektif sistem ini dilaksanakan di sekolah adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini.

3.  Apakah Fasa-fasa pembangunan SPS? 
Fasa pembangunan sistem ini telah selesai dilaksanakan dengan aktiviti seperti di bawah:

  • Pemasangan SPS di 88 sekolah bestari telah selesai pada 10 Julai 2009;
  • Sesi Final User Acceptance Test (FUAT) bagi mentauliah SPS selesai pada 20 November 2009;
  • Pentauliahan hosting SPS di Pusat Data GITN telah selesai pada 9 Disember 2009
4. Apakah keistimewaan SPS jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang terdahulu?
Sejak sekian lama, pihak sekolah hanya memberikan maklumat dan data kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pihak sekolah sendiri tidak mempunyai sistem untuk merekod maklumat dan data untuk urusan pentadbiran di sekolah. Dengan ini, SPS merupakan sistem yang dapat membantu pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya.

5.  Apakah ada sistem sokongan yang lain dibangunkan bersama SPS? 
SPS merupakan sistem pengoutomasian bagi dua bidang utama di sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran (SPP) yang akan dipasang bersama SPS (seperti yang terkandung dalam spesifikasi tender) sistem ini mampu memberi manfaat kepada guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

6.  Bagaimanakah format SPS dapat membantu sekolah? 
SPS mengandungi modul-modul yang dibina atas kehendak dan keperluan sekolah dan KPM. Sebagai contoh, Modul Peperiksaan disediakan bagi tujuan meneliti kemahiran dan perkembangan murid. Selain itu Modul Maklumat Murid dibina bagi tujuan rekod dan data ini dapat diguna oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPS - Sistem Pengurusan Sekolah"

Post a Comment