Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Semakan ini akan melihatkan slip keputusan dan turut memaparkan markah peperiksaan pelajar. Ini akan dapat membantu ibubapa untuk menentukan anak-anak cemerlang dengan memantau prestasi akademik anak - anak.

SAPS ini menyediakan semakan bagi darjah Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.


Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  • Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  • Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

  • Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.



Mudah - mudahan perkhidmatan online SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung


Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)"

  1. saps ibu bapa

    click here for get more information about it - https://www.beritasemasa.com.my/semakan-saps-ibu-bapa


    ReplyDelete