Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online

Semakan keputusan  Matrikulasi sesi akademik 2015/ 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan tawaran ke Matrikulasi akan diumumkan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan SPM 2014 diumumkan keluar. Seperti yang sedia maklum, keputusan SPM 2014 telah pun diumumkan pada 4 Mac 2015 lalu. Oleh yang demikian , tawaran matrikulasi akan diumumkan keluar pada minggu kedua bulan April 2015.

semakan keputusan matrikulasi


Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
Tarikh rasmi keputusan matrikulasi sesi 2015/2016 akan diumumkan pada minggu kedua bulan April 2015. Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online Sila layari http://www.moe.gov.my mulai minggu kedua bulan April 2015 manakala untuk Semakan Guna SMS Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888.

Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. 

Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online"

Post a Comment