Resepi Mee Kuah Daging Istimewa dan Lazat

Mee kuah daging sememangnya sedap dan lazat untuk dimakan, apatah lagi apabila dihidangkan sebagai makanan untuk dinikmati bersama keluarga mahupun sahabat dan rakan - rakan. Oleh kerana keenakannya berikut dikongsikkan resepi mee kuah daging yang sedap dan menyelerakan.

daging
MEE KUAH DAGING 

BAHAN-BAHAN :
- 2 bungkus mee kuning (secukupnya)
- 1 kilo daging
- 2.5 liter air rebusan daging
- sos tomato (secukupnya)
- sos cili (secukupnya)
- 1 cawan kuah kacang
- 3 biji kiub stock ikan bilis
- 4 biji telur - utk memekatkan kuah
- 3 sudu besar cili kisar - (tambah mengikut kesesuaian)
- Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
- 8 biji telur rebus - dipotong 2
- hirisan cili merah secukupnya
- hirisan daun bawang secukupnya
- Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
- Bawang goreng secukupnya

- BAHAN DIKISAR HALUS :
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus daging lembu sehingga empuk kemudian daging dipotong kecil dan kesemua air rebusan disimpan.  Panaskan minyak  dan tumis semua bahan yang dikisar termasuk cili kisar sehingga timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging dan kacau kuah, masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , selepas itu dimasukkan pula sos tomato bersama sos cili secukupnya . Jika anda suka rasa yang masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah, biarkan kuah masak sehingga mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa, pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk kemudian kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sehingga telur yang dimasukkan tadi masak . Tujuan telur ni dimasukkan ke dalam kuah adalah untuk memekatkan kuah .

3) Celur mee , taugeh dan sawi,  tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Untuk menghidang mee ini , mula-mula dimasukkan sayur taugeh atau sawi dahulu kedalam mangkuk kemudian diletakkan mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup..

Selamat Menjamu selera dengan mee kuah daging..


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Mee Kuah Daging Istimewa dan Lazat"

Post a Comment