Resepi Mee Goreng Mamak yang sedap dan Istimewa

Resepi Mee Goreng Mamak yang sedap dan Istimewa | Mee Goreng Mamak sememang menjadi pilihan sekiranya berkunjung ke restoran mamak. Ianya mempunyai keunikan tersendiri jika dibanding dengan mee goreng jenis lain yang seangkatannya kerana keenakannya serta aroma yang boleh membangkitkan selera. Jom pelajari resepi membuat mee goreng mamak special, sedap dan cara mudah untuk disediakan seperti panduan di bawah ini.

RESEPI 1
BAHAN-BAHAN :

Mee kuning 1 bungkus
Udang sederhana (buang kulit)
Bawang Putih(hiris)
Bawang Merah(hiris)
Kicap cair & pekat
Sos cili
Sos tiram
Cili Boh
Tauhu(digoreng dahulu)
Kentang(potong dadu & goreng)
Taugeh 
Daun Kubis
Tomato
3 biji telur(pecah & kacau)
Fish cake(hiris)
Cili(hiris)
Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK

Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)

KONGSI RESIPI


RESEPI 2
BAHAN-BAHAN:

2 kg mee kuning
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang sawi (dipotong)
1 mangkuk kecil taugeh
1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
60 gm isi udang dan isi ayam
1 cawan cili boh
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair

Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk hiasan:
HIASAN:
Cili merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Limau kasturi

CARA MEMASAK:
Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

Koleksi Resipi Cik Bee



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Mee Goreng Mamak yang sedap dan Istimewa"

Post a Comment