Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online.  Terlalu ramai yang bertanyakan tentang "BAGAIMANA INGIN MEMOHON BANTUAN YANG BAITULMAL MAIWP TAWARKAN...."

maiwp online


Jawapannya:
1. Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan....(tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
2. Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan....(tidak perlu apa-apa cop pengesahan)
3. Hantar borang permohonan lengkap ke mana-mana cawangan kami yang berhampiran samada secara pos atau hantar tangan....(dicadangkan sebaiknya hantar tangan kerana boleh terus ditemuduga.....jadi permohonan akan lebih cepat diproses)

Layari link di bawah untuk melihat syarat-syarat permohonan, dokumen lampiran yang diperlukan dan borang permohonan.... Semoga Allah permudahkan....

http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja.

Maklumat permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Untuk negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.

Sumber Baitulmal MAIWP

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online"

Post a Comment