Panduan Senarai Barang Kena GST 2015

Panduan Pembeli Senarai Barang Kena Dan Tidak Kena GST 2015 . Seperti yang pengguna Malaysia diberitahu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula pada bulan April 2015. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10% yang telah dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar 6% menjadikan beberapa barangan keperluan seharian pengguna dijangka akan menjadi lebih murah.

barangan gst


Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah :

  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan


Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini

  • Komputer
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku


GST 2015 
Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti

  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Ikan
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Minyak kelapa
  • Susu bayi
  • Petrol RON95 dan diesel
  • Tol 
  • Pengangkutan awam


Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST seperti

  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat


Jabatan Kastam mengeluarkan sebuah buku dan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai , tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015 atau di MPIB

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Senarai Barang Kena GST 2015"

Post a Comment