Panduan Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online

Panduan Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online. Menurut laman sesawang aplikasi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pendidikan Malaysia Semakan keputusan kenaikan pangkat boleh dibuat secara online.



SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU boleh disemak di http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/

PERHATIAN:
1.Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2.Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
4.Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
5.Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas dua (2) minggu dari Tarikh Lembaga Bersidang.

SENARAI PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:
Sila klik fail ini untuk senarai lengkap pegawai yang perlu dihubungi mengenai urusan semakan pemangkuan/ kenaikan pangkat.


PENGUMUMAN TAMBAHAN:
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online"

Post a Comment