Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Guna MyKira GST

MyKira GST - Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Online. Semua sedia maklum bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus (6 %) bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula dari tarikh 1 April 2015. Bagi membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap barangan dan perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mencipta dan melancarkan aplikasi telefon mudah alih MyKira GST. 

Senarai barang yang kena dan tidak dikenakan GST klik GST 2015


Apa dia Mykira GST
Menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 30 March 2015 menyatakan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  melancarkan aplikasi telefon mudah alih 'MyKira GST' yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan. Manakala menurut Berita Harian bertarikh 30 March 2015 pula menyatakan ciri utama aplikasi ini antara lain membolehkan orang ramai menyemak lebih 10,000 harga barangan yang berada di pasaran. Selain itu pengguna juga boleh terus membuat aduan menggunakan saluran e-aduan yang tersedia di dalam aplikasi ini sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan berlebihan.

MyKira GST - Membantu anda menjadi pengguna yang bijak.
Aplikasi MyKira GST adalah satu usaha inovasi NBOS oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) untuk membantu rakyat Malaysia memantau harga barangan dalam negara. Aplikasi ini memerlukan talian internet bagi pengiraan dan senarai produk.
Spesifikasi Operating System adalah Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan ke atas.

Fungsi asas aplikasi ini adalah:
- Menyemak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
- Memberi panduan kepada pengguna sebelum membuat aduan kepada pihak KPDNKK.
- Memberi saluran interaktif yang mudah untuk mesra pengguna
- Menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat aduan.

Sebarang pertanyaan diajukan kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Guna MyKira GST"

Post a Comment