Cara Buat Semakan Saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS

Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online Terkini (Check Traffic Summon Online).  Pada masa kini terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk memudahkan membuat sebarang urusan seharian termasuklah perkara - perkara yang membabitkan pertanyaan. Semuanya boleh dilakukan secara online ataupun secara dalam talian. Ini tidak terkecuali mengenai saman,  anda boleh membuat semakan saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui beberapa cara samada di laman web atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

semak saman online dan sms


Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :

Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.

  • Contoh:POLIS SAMAN 821212102101 atau POLIS SAMAN XXX1234 
Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut: 

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.

Contoh:POLIS SAMAN 82121210210 emailsaya@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima

Mudah - mudahan  perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
i) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
ii) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi
Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
i) Taip JPJ your IC Number and send to 37773
    Contoh: jpj 123457890123 hantar ke 37773

ii) Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

Contoh:
JPJ SAMAN 991111122111 atau
JPJ SAMAN XXX1234





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Buat Semakan Saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS"

Post a Comment