Aplikasi Pangkalan Data Murid Online (APDM)

Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Online, APDM. Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) akan dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).  Modul Pengurusan Murid juga akan digunakan untuk mengurus kehadiran harian murid bagi SEMUA sekolah.



APDM Sistem Applikasi Pengkalan Data Murid boleh klik di APDM

Pengemaskinian Aplikasi Pangkalan Data Murid boleh dilakukan meliputi aspek-aspek berikut:
a)  Membuat pendaftaran kelas baru bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan
b)  Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan
c)  Melakukan pindahan kelas bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 jika murid dipindahkan ke kelas lain (naik kelas automatik telah dilakukan)
d)  Menyemak maklumat murid jika ada perubahan (contohnya jika murid telah berpindah sekolah, alamat dan nombor telefon akan turut berubah)
e)  Mengesahkan semua maklumat murid yang telah dilakukan pindaan oleh guru kelas (Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar)

APDM Sistem Applikasi Pengkalan Data Murid 

Proses pengemaskinian maklumat murid perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2015.


Segata maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT di alamat emel :  faris.johan.moe@1govuc.gov.my atau talian telefon 03-88849443.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aplikasi Pangkalan Data Murid Online (APDM)"

Post a Comment