Jawatan Kosong Terkini 2015 di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -

zakat pahang


Jawatan Kosong Terkini 2015 di Pusat Kutipan Zakat Pahang


Jawatan:-
1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT - ( Lelaki ) (4 kekosongan ) 


Gaji Minima : RM1,000.00
Taraf Jawatan :  Kontrak
Umur : 18 tahun hingga 30 tahun

Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-
i)   Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
ii)   Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
iii)    Lulus Matematik atau Akaun.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai  penggunaan komputer.

 Cara memohon :-

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah logo, berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
          
Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 23 Januari 2015

Catatan Am

- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ;

- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.




Jawatan Kosong Terkini Pahang 2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini 2015 di Pusat Kutipan Zakat Pahang"

Post a Comment